Monday, January 4, 2010

~Back to nature~


Jelawang Jungle mungkin sudah tidak asing lagi bagi insan-insan yang mengemari aktiviti pendakian. Tujuan blog ini diadakan adalah untuk memberi gambaran kepada adik-adik yang tidak pernah tahu bahawa Negeri Kelantan masih kaya dengan khazanah alam yang masih terpelihara flora dan faunanya.

Aktiviti mendaki gunung merupakan salah satu aktiviti riadah yang baik untuk kesihatan,
disamping dapat menguji ketahanan mental dan fizikal ianya mampu memupuk semangat setiakawan. Aktiviti sebegini amat sesuai bagi semua peringkat umur terutama pada golongan remaja, belia dan pelajar di pusat pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah sambil menghayati dan menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Ianya juga dapat melupakan buat seketika dek kesibukan kerja dan kebisingan kota.



Taman Negeri Gunung Stong

Keluasan Taman Negeri Gunung Stong iaitu meliputi 21,950 hektar. Hutan hujan tropika ini kaya dengan khazanah alam, antaranya tumbuhan yang belum pernah kita lihat seperti, Licuala
stongensis, Holttumochloa pubescens (hanya tumbuh di kawasan Gunung Stong sahaja) pelbagai jenis bunga (orkid, reflisia) kayu-kayan dan lain-lain lagi. Oleh itu marilah sama-sama kita pelihara hutan ini untuk generasi yang akan datang daripada tercemar dan untuk dinikmati bersama.


Baha's Camp


Baha's Camp terletak 1,500 kaki dari paras laut yang dijadikan tempat persinggahan untuk meneroka sekitar kawasan Hutan Simpan Stong Tengah. Baha's Camp telah dibuka hampir 20 tahun oleh Arwah Borhanuddin Bin Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Da Baha. Di Baha's Camp terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung antaranya, tapak khemah (camp site), chalet dan jurupandu (guide). Kemudahan ini semuanya dikenakan bayaran yang berpatutan.


Guide Jelawang merupakan guide berlesen (KKKP.Licence No) yang berdaftar


Air Terjun Jelawang

Air terjun Jelawang merupakan salah satu air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan terjunan pada aras 1,500 kaki dari aras laut. Ketinggian air terjun dianggarkan lebih kurang 250 meter. Ianya terletak di kawasan Baha's Camp. Air terjun Jelawang merangkumi 7 peringkat air. Selain dari dapat melihat air terjun, di Baha's Camp juga terdapat beberapa tempat menarik antaranya :-

  • Kolam Permaisuri
  • Telaga Tujuh
  • Last Waterfall
  • Sunrise

Jika anda berminat boleh la terus mengubungi Baha's Camp (+60199591020) sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan bolehlah terus menghubungi nombor talian di atas.






Disediakan Oleh

(Facebook : arelong66@yahoo.com)


Cinta Jelawang Jungle

Kenangan bersamamu masih segar dalam ingatan
Mengamit ku kembali
Melambai dengan penuh syahdu
Betapa aku rindu padamu…
Jelawang Jungle…

Di sana cintaku berputik
Di sana jua kasihku bersemi
Mencipta mahligai kebahagian
Bukan sekadar hayalan..ianya satu realiti
Bilakan dapat ku ulangi lagi
Saat indah…
Saat suka dan duka
Detik demi detik telah berlalu
Tapi masih tinggal sejuta kenangan…

Suasana keriangan, keceriaan,
Riuh rendah gelak tawa, gurau senda pengunjungmu
Masih segar dalam ingatan..
Pabila terbayang kembali detik itu
Tersingkaplah namamu..Jelawang Jungle..
Dan watak-watak penghuninya bermain di minda
Maka terukirlah senyuman dibibir..
Andai dapat ku ulangi lagi detik bersama mu
Akan ku sematkan dalam diari hatiku..

Dari jauh air terjunmu melambai memanggilku..
Kolam Permaisuri..menambat hati
Sumalian meninggalkan seribu kenangan
Gunung Stong, Gunung Ayam..Mencuit kalbu
Sunrise, Sunset..hadirmu tanpa diundang
Pergimu tanpa dihalang
Begitu abstraknya dikaca mataku
Mengamit kerinduan…

Penat lelah, perit gentir ingin menaklukimu
Memang begitu sukar
Untuk ku harungi pelbagai halangan
Di kiri kanan penuh duri berbisa
Tapi..ianya satu cabaran..
Pendakian yang mengajar erti ketabahan dan kesabaran
Mampukah aku menaklukinya..?
Atau kecundangkah aku dipertengahan jalan..?
Yang pastinya kan ku kuatkan semangat
Untuk terus melangkah kaki ku ke sana…

Suatu hari aku pasti ke sana lagi
Mengutip kenangan yang telahku tinggalkan
Bersama memori mimpi semalam
Agar ianya tak lupuk dari ingatanku.. Jelawang Jungle

♥Along'Lat♥

Erti Sebuah kehidupan

Deruan angin menerpa wajah
Sejuk nyaman terasa dingin
Begitu indah alam ciptaan Ilahi
Mencuit kalbu menyentuh rasa

Suasana diselangi gelak tawa
Nyanyian merdu menghibur hati
Boneka biru berkumandang merdu
Petikkan gitar berirama melodi
Daun ditiup umpama seruling
Lagu didendang menjadi ikutan
Siapa mendengar pasti terhibur
Mendambarkan seribu makna tersirat

Lawak jenaka mengambil hati
Nasihat umpama buluh perindu
Teguran membina membentuk peribadi
Jadikan kebaikkan tunggak utama
Jadikan keburukkan musuh durjana
Tersentuh rasa keinsafan diri
Menyedari apa yang telah terjadi

Hadir ia menyinar kehidupan
Membawa segumpal cahaya sinaran
Memberi sekuntum senyuman keikhlasan
Pulang ia meninggalkan kedukaan
Ditemani manik-manik jernih
Pesan ia hanya Satu
Belajarlah mengenal erti sabar..
Agar sabar mengatasi segalanya

Perjalanan pasti akan diterangi kebahagiaan...

Suasana dikelilingi hutan rimba
Jauh dari bising desa
Ditemani bunyi cengkerit malam
Siang diselinging bunyi reriang
Deruan air terjun menerpa batu
Binatang liar berkeliaran mencari mangsa

Apa yang dicari? Matlamat hidup
Apa yang ditemui?
Pengalaman yang tak dapat dibeli
Belajar dari kisah silam
Mengenal erti kehidupan
Belajar erti berani agar tidak
Diselubungi ketakutan

Adakah insan lain seperti ia?
Mungkin ada tapi tidak sama..
Kasih sayang diberikan sama rata
Kemesraan dirasa belaian diterima
Betapa kami bahagia disampingnya

Hanya mampu kami berikan
Secebis doa
Agar ia dicucuri rahmat
Dan ditempatkan bersama-sama
Orang yang beriman
Al-Fatihah……..

♥Along'Lat♥

Saturday, August 1, 2009

Sajak Gunung Stong

Irama air terjun di tepian gunung
Nyanyian burung berbagai lagu
Tiupan angin melambai daun
Menarik hati insan melancong

Bila memandang kemuncak tinggi
Indahnya bersih nyaman sekali
Tenang perasaan pabila di sini
Bagai berada di alam seni

Wajah gunung indah berseri
Sesuai berehat bila kemari
Menjadi lapang kusut dihati
Sampainya rahmat dari Ilahi

Inilah gunung menyimpan sejarah
Berlukisan batu gambaran wajah
Ramai orang datang melimpah
Menjadi tinggi gunung yang indah
Buat kajian bukannya mudah
Hakikat pasti mengenal Allah
Tuhan yang satu wajib disembah

~P.L Mubis
Rimba Jelawang~