Monday, January 4, 2010

~Back to nature~


Jelawang Jungle mungkin sudah tidak asing lagi bagi insan-insan yang mengemari aktiviti pendakian. Tujuan blog ini diadakan adalah untuk memberi gambaran kepada adik-adik yang tidak pernah tahu bahawa Negeri Kelantan masih kaya dengan khazanah alam yang masih terpelihara flora dan faunanya.

Aktiviti mendaki gunung merupakan salah satu aktiviti riadah yang baik untuk kesihatan,
disamping dapat menguji ketahanan mental dan fizikal ianya mampu memupuk semangat setiakawan. Aktiviti sebegini amat sesuai bagi semua peringkat umur terutama pada golongan remaja, belia dan pelajar di pusat pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah sambil menghayati dan menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Ianya juga dapat melupakan buat seketika dek kesibukan kerja dan kebisingan kota.



Taman Negeri Gunung Stong

Keluasan Taman Negeri Gunung Stong iaitu meliputi 21,950 hektar. Hutan hujan tropika ini kaya dengan khazanah alam, antaranya tumbuhan yang belum pernah kita lihat seperti, Licuala
stongensis, Holttumochloa pubescens (hanya tumbuh di kawasan Gunung Stong sahaja) pelbagai jenis bunga (orkid, reflisia) kayu-kayan dan lain-lain lagi. Oleh itu marilah sama-sama kita pelihara hutan ini untuk generasi yang akan datang daripada tercemar dan untuk dinikmati bersama.


Baha's Camp


Baha's Camp terletak 1,500 kaki dari paras laut yang dijadikan tempat persinggahan untuk meneroka sekitar kawasan Hutan Simpan Stong Tengah. Baha's Camp telah dibuka hampir 20 tahun oleh Arwah Borhanuddin Bin Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Da Baha. Di Baha's Camp terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kemudahan para pengunjung antaranya, tapak khemah (camp site), chalet dan jurupandu (guide). Kemudahan ini semuanya dikenakan bayaran yang berpatutan.


Guide Jelawang merupakan guide berlesen (KKKP.Licence No) yang berdaftar


Air Terjun Jelawang

Air terjun Jelawang merupakan salah satu air terjun tertinggi di Asia Tenggara dengan terjunan pada aras 1,500 kaki dari aras laut. Ketinggian air terjun dianggarkan lebih kurang 250 meter. Ianya terletak di kawasan Baha's Camp. Air terjun Jelawang merangkumi 7 peringkat air. Selain dari dapat melihat air terjun, di Baha's Camp juga terdapat beberapa tempat menarik antaranya :-

  • Kolam Permaisuri
  • Telaga Tujuh
  • Last Waterfall
  • Sunrise

Jika anda berminat boleh la terus mengubungi Baha's Camp (+60199591020) sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan bolehlah terus menghubungi nombor talian di atas.






Disediakan Oleh

(Facebook : arelong66@yahoo.com)


2 comments:

  1. chalet kat baha's camp tu brape semalaman??

    ReplyDelete
  2. adik boleh call 019-9591020 utk mendapat detail maklumat pasal bayaran... terima kasih..:)

    ReplyDelete